
CERAMAH MOTIVASI: RELEASE YOUR INHIBITIONS
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Khamis, 28 Ogos 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
On Saturday, 16th August 2025, the Faculty of Islamic Development Management (FIDM) organised a session
13 Ogos 2025 – Satu lagi program anjuran Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri bersempena Karnival Kerjaya 2.0 diadakan di bilik Kelas 1, Fakulti Pertanian, Kampus Sinaut.
Program berbentuk ceramah motivasi dengan tajuk Graduan Versatile: Kemahiran Softskills Yang Majikan Cari ini dihadiri oleh 153 peserta yang terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA. Ceramah in disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Haji Mohd Fahmi bin Lasa, seorang penceramah, jurulatih, dan perunding berpengalaman luas dalam membimbing usahawan, pemimpin perniagaan, dan profesional.
Sesi ceramah ini menekankan kepentingan kemahiran insaniah atau soft skills seperti komunikasi berkesan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, pengurusan masa, dan kepimpinan sebagai faktor penentu kebolehpasaran graduan dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Peserta turut didedahkan kepada jurang kemahiran antara graduan dan jangkaan majikan, serta strategi untuk memperkukuhkan keupayaan diri agar mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Sepanjang ceramah, fasilitator berkongsi pengalaman praktikal dan contoh dunia sebenar yang memberi inspirasi kepada peserta untuk membangunkan diri secara holistik. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan panduan yang relevan mengikut bidang kerjaya masing-masing.
Program ini diakhiri dengan sesi kuiz dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator dan sesi bergambar ramai.