BIMA COLLEGE COLLABORATIVE PROGRAMME (UNISSA & USIM)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

12–16 Mei 2025 – Seramai 6 perwakilan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyertai program rentas sempadan, BIMA College Collaborative Programme, yang telah berlangsung selama lima hari di Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi (UKKSASI) di bawah Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2024/2025, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM).

Acara utama termasuk Forum Dua Hala: “Student Empowerment – Kolej Sebagai Tapak Kepemimpinan dan Ilmu”, yang berlangsung di Kolej Kediaman USIM. Forum ini menampilkan ahli panel daripada kedua-dua institusi dan bertujuan untuk memperkukuh peranan kolej kediaman sebagai medan latihan kepimpinan mahasiswa dan pusat pengembangan intelektual. Perkongsian yang disampaikan cukup menarik dan menjadi platform pertukaran idea dan budaya antara pelajar Brunei dan Malaysia.

Program ini turut memperlihatkan penglibatan aktif mahasiswa dalam projek khidmat masyarakat di Kampung Orang Asli Sunggala, Port Dickson. Aktiviti kemasyarakatan antaranya bergotong royong seperti membersihkan surau dan balai raya dan sukaneka dengan anak-anak orang asli. Aktiviti-aktiviti dibuat bukan saja memberi manfaat kepada komuniti tempatan malahmemberikan kesedaran kepada pelajar akan kepentingan nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawan.

Sebagai sebahagian daripada usaha dakwah dan pengembangan ilmu al-Quran, UNISSA turut mewakafkan 20 naskhah mushaf al-Quran ke beberapa lokasi utama di Malaysia, termasuk Surau Kampung Orang Asli Sunggala, Masjid Universiti Sains Islam Malaysia, dan Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Program ini diteruskan lagi dengan lawatan Ilmiah ke SDG centre, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk memahami konsep SDG yang dapat digunapakai dan dipraktikkan khususnya di Kolej Kediaman UNISSA.

Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi supaya menjadi pengukuhan hubungan dua hala antara institusi pengajian tinggi di rantau ini, khususnya dalam bidang pembangunan pelajar, kepimpinan, dan komuniti.