BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA ARAB UNTUK TENAGA AKADEMIK (NON ARAB) UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI Anjuran Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Dengan Kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bandar Seri Begawan, 29 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepajang Hayat telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab untuk Tenaga Akademik (Non Arab) UNISSA. Fasilitator jemputan ialah Prof Nahla. A Al-Saeedi yang merupakan wanita pertama dilantik sebagai Penasihat Sheikh Al-Azhar di Republik Arab Mesir. Beliau turut memegang dua jawatan penting sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Al-Azhar dan Pengarah Markaz Tathwir (Pusat Pengembangan Pelajar dan Mahasiswa Antarabangsa Al-Azhar).

Antara tujuan bengkel ini dihasratkan agar menjadi wadah untuk membantu tenaga pengajar mengintegrasikan bahasa Arab dalam kurikulum pengajaran mereka dengan lebih efektif serta memberi ruang bagi saling bertukar-tukar pendapat dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih menarik, mudah dan berkesan.

Turut hadir dalam bengkel ini Yang Mulia Prof. Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik), Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Samsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, Yang Mulia Dr Hajah Siti Jariah @ Hajah Aleya Fatehah binti Haji Japar, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat,beserta 30 orang tenaga akademik non Arab, UNISSA.

Dengan adanya bengkel seumpama ini ianya dapat meningkatkan kualiti pengajaran para tenaga akademik non Arab, UNISSA bagi memastikan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang membanggakan.