
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Isnin, 04 Syaaban 1446H bersamaan dengan 03 Februari 2025M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Bengkel Pengucapan Awam: Seni Pengucapan Awam untuk Pelajar dan Alumni UNISSA.
Justeru, antara aktiviti yang dijalankan di dalam bengkel ini merangkumi sesi praktikal melalui pembentangan para peserta secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan cuba menonjolkan teknik pengucapan umum yang profesional dan efektif sebelun diakhiri dengan ulasan penambahbaikan daripada fasilitator.
(Sesi berkempulan Tajuk Spontan Teknik Membuang Skrip)
Seramai 21 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti bengkel yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA Gadong.
Bengkel kerjaya ini disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Mohammad Affendy bin Haji Junaidi, Ketua Jurulatih Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS) Brunei. Yang Mulia Tuan Mohammad Affendy berkongsi pelbagai tips berguna bagi mengasah kemahiran peserta dalam pengucapan awam. Kemahiran ini sangat signifikan sebagai nilai tambah memudahkan peserta berinteraksi dalam temuduga, mesyuarat dan sebagainya.
Hasil bengkel ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dapat meningkatkan kemahiran, keyakinan diri ketika bercakap di hadapan orang ramai.