BENGKEL PENGAJARAN BAHASA ARAB FAKULTI BAHASA ARAB UNISSA DAN KING SALMAN GLOBAL ACADEMY FOR ARABIC LANGUAGE, RIYADH, ARAB SAUDI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

Bandar Seri Begawan, 24 Jun –Fakulti Bahasa Arab (FBA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel Pengajaran Bahasa Arab untuk tenaga Pengajar Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua dengan kerjasama King Salman Global Academy For Arabic Language. Majlis perasmian telah diadakan di Kampus Gadong UNISSA. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan FBA yang antara lain menyebutkan bahawa bengkel ini merupakan suatu peluang yang besar bagi usaha memajukan lagi pengajaran Bahasa Arab di negara ini dan mengucapkan penghargaan kepada delegasi King Salman Global Academy For Arabic Language kerana berkesudian memilih UNISSA sebagai tuan rumah bagi bengkel ini diadakan. Bengkel seterusnya dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis.

Antara objektif utama kerjasama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari kaedah pengajaran Bahasa Arab yang terbaik dari penuturnya dengan harapan agar sedikit sebanyak dapat membantu mengangkat lagi kedudukan Bahasa Arab di negara ini bagi sama-sama mencapai salah satu matlamat utama Wawasan 2035 iaitu “mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi”.

Bengkel diadakan selama 4 hari bermula Isnin 24 Jun 2024 sehingga Khamis 27 Jun 2024 yang dihadiri oleh tenaga-tenaga akademik dari UNISSA, KUPU SB, guru-guru sekolah di bawah JPI, KHEU dan JSS, Kementerian Pendidikan.