
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
SABTU, 31 OGOS 2024 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah melaksanakan program satu hari bagi Bengkel Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Projek Tahun Akhir bagi pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam dan Ijazah Sarjanan Muda Pengurusan Pembangunan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan keperluan utama dalam melaksanakan penyelidikan dan menyiapkan penulisan Projek Tahun Akhir dari pelbagai aspek termasuk teknikal dan akademik.
Program ini membantu meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran yang efektif dalam kalangan pelajar semasa dan selepas menyiapkan kajian. Selain dari itu juga, program ini mendedahkan para pelajar dengan kemahiran mengaitkan kajian mereka dengan peluang dan potensi inovasi dalam industri. Hal ini adalah disebabkan semua tajuk adalah berasaskan pengalaman dan hasil pemerhatian mereka ketika menjalani Latihan Industri pada semester lepas.
Turut hadir dalam sesi pembentangan pelajar pada sesi petang ialah para penyelia pelajar termasuk Yang Mulia Dekan dan Timbalan Dekan FPPI serta pensyarah- pensyarah FPPI. Program diakhiri dengan acara penyampaian sijil yang disampaikan oleh YM Dekan FPPI.