BENGKEL KEUSAHAWANAN: MENCEBURI KEWANGAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bengkel Keusahawanan: Menceburi Kewangan

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) melalui Persatuan Alumni UNISSA telah menganjurkan Bengkel Keusahawanan: Menceburi Kewangan.

Seramai 37 orang peserta, terdiri daripada pelajar dan Alumni UNISSA, menghadiri bengkel ini yang berlangsung pada hari Khamis, 17 Safar 1446H bersamaan 22 Ogos 2024M, bertempat di Bilik Banquet, UNISSA.

Bengkel ini terbahagi kepada dua sesi utama iaitu sesi pertama yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Mohammad Afiq bin Mohammed, Ketua Kaunselor Perniagaan, Shell LiveWIRE Brunei dengan tajuk “Introduction to Entrepreneurship”. Sesi ini memberikan pengenalan asas mengenai keusahawanan dan langkah-langkah awal untuk memulakan perniagaan.

 

Manakala sesi kedua yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Haziqah Mahirah binti Morislin, Alumni UNISSA dan Pemilik Perusahaan Mahyra.co dan Chefiqem dengan tajuknya “My Entrepreneurship Journey: Turning Challenge into Opportunities”. Dayang Haziqah Mahirah mengongsikan pengalaman peribadi beliau dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan, termasuk halangan dan cabaran yang dihadapi serta bagaimana beliau mengatasinya. Beliau juga menerangkan langkah-langkah praktikal yang boleh diambil oleh bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan lebih berkesan.

Seterusnya, sesi soal jawab bagi setiap sesi jua dibukakan kepada peserta-peserta yang hadir.

Bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada fasilitator pertama Yang Mulia Tuan Mohammad Afiq yang disampaikan oleh Dr Hajah Zurairatul Zakiah binti Dato Seri Setia Haji Rajid, Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya Jaringan Industri (OCeAN), UNISSA dan fasilitator kedua Yang Mulia Dayang Haziqah Mahirah yang disampaikan oleh Dr Norasiah binti Haji Amai, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA), UNISSA.

Melalui bengkel ini diharapkan akan menjadi platform yang sangat berharga untuk memperkasakan pelajar dan Alumni UNISSA dalam mengejar impian keusahawanan mereka.