BENGKEL KERJAYA: RESUME HEBAT, TEMUDUGA MANTAP, KERJAYA GEMILANG

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

12 Ogos 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Brunei Economic Development Board (BEDB) telah menganjurkan Bengkel Resume Hebat, Temuduga Mantap, Kerjaya Gemilang bertempat di Bilik Kelas 1, Kampus Sinaut, Tutong.

Bengkel ini merupakan salah satu program bersempena Karnival Kerjaya UNISSA 2.0, yang bertujuan memperkasa pelajar dan alumni UNISSA dengan kemahiran asas penting bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif. Seramai 63 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan alumni UNISSA serta orang awam telah menyertai bengkel ini.

Sesi bengkel telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Fahkruddin Waie bin Wadi, Pegawai Eksekutif Sumber Manusia BEDB. Beliau mengongsikan tentang penyediaan resume yang efektif, teknik menjawab soalan temuduga dengan yakin, serta etika profesional yang perlu dikuasai sebelum menghadiri temuduga. Peserta turut diberikan pendedahan tentang strategi menonjolkan kelayakan, pengalaman, dan pencapaian mereka bagi menarik perhatian majikan.

Bengkel ini diharap dapat memberikan impak positif dalam mempersiapkan graduan UNISSA untuk menempuh alam pekerjaan dengan lebih yakin, di samping menggalakkan sikap proaktif dalam merancang laluan kerjaya masing-masing.

Bengkel diakhiri dengan sesi kuiz interaktif dan bergambar ramai.