
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
25-27 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama firma guaman Tetuan Hasnah Hassan & Associates telah menganjurkan Bengkel Kerjaya: Kemahiran Advokasi Sebagai Seorang Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syariah dari di Dewan Auditorium dan Moot Court, UNISSA
Bengkel selama tiga hari ini telah disertai seramai 25 orang peserta, terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi dan alumni UNISSA.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal mengenai peranan dan etika sebagai seorang pengamal undang-undang serta memperkenalkan kemahiran advokasi yang diperlukan dalam sistem perundangan Sivil dan Syariah di Negara Brunei Darussalam.
Fasilitator utama bengkel ini terdiri daripada tiga orang peguam dari Tetuan Hasnah Hassan & Associates, iaitu Yang Mulia Puan Hajah Hasnah binti Hassan (Peguam Sivil/Peguam Syar’ie/Pengasas/Managing Partner HHA), Yang Mulia Puan Hajah Dayang Aziimah binti Haji Mohammad Hambali (Peguam Sivil/Partner HHA), dan Yang Mulia Muhammad Jafni Fakhrillah bin Haji Jabidi (Peguam Syar’ie).
Sepanjang bengkel, peserta telah diberikan latihan secara langsung dalam aspek penting advokasi. Mereka diajar tentang penyediaan dokumen guaman dan pemfailan kes di Mahkamah, selain dilatih dalam pengendalian sesi konsultasi serta penyediaan nasihat guaman. Latihan turut merangkumi penyediaan pliding, pemeriksaan saksi, dan penghujahan kes bagi memberikan mereka pengalaman sebenar dalam prosedur perundangan. Peserta berpeluang menjalani simulasi perbicaraan serta latihan dalam penyampaian hujah lisan di Moot Court untuk meningkatkan kemahiran advokasi mereka.
Bengkel ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator-fasilitator.