BENGKEL JURUACARA MAJLIS UNIT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2021/2022 (HARI TERAKHIR)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

18 Ogos 2022 – Bengkel Juruacara Majlis, pengisian dalam Aktiviti Ekspo Kerjaya UNISSA sempena Mahrajan Hafl al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali ke-12 telah melabuhkan tirainya setelah 3 hari berlangsung.

Pada hari terakhir bengkel, para peserta diperkenalkan dengan kepentingan Floor Manager, pengunaan seni bahasa dan irama suara yang sesuai digunakan mengikut acara yang dikendalikan. Fasilitator turut mengajarkan cara memperbetulkan keadaan dan memulihkan situasi keadaan sekiranya berlaku sebarang kesilapan ketika mengacarakan majlis.

Peserta diberikan peluang untuk mempraktikkan ilmu pengacaraan yang telah dipelajari selama 3 hari iaitu dengan mengendalikan Majlis Penutup Bengkel yang diadakan pada petang tersebut. Seorang peserta telah dipilih untuk menjadi juruacara majlis iaitu Muhammad Nazirul Azizan Bin Bahren. Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Ustazah Norasiah Binti Haji Amai, Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Bengkel ditutup dengan penyerahan sijil penghargaan kepada fasilitator yang telah berkongsi dan mengajarkan ilmu pengacaraan kepada peserta bengkel dan diikuti dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel juruacara majlis,  mereka terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Teknologi Brunei, Politeknik dan Badan-Badan Pelajar Fakulti UNISSA Dan Pasukan Pertubuhan Beruniform UNISSA.