
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
9 APRIL 2025, RABU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kolaborasi bersama Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan dan Inovasi (UPKKI), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA sesi 2024/2025 telah menganjurkan Bengkel CV dan Temuduga Profesional pada 10 Syawal 1446H bersamaan 9 April 2025M.
Program ini diadakan di Pusat Pekerjaan Brunei, Kampung Beribi, melibatkan seramai 46 orang peserta terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta tunjuk ajar mengenai penyediaan CV yang berkesan, teknik menjawab soalan temuduga, serta etika profesional yang relevan dalam menghadapi dunia kerjaya yang mencabar.
Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu peserta memahami elemen penting dalam penyusunan CV yang efektif, meningkatkan keyakinan diri dalam komunikasi lisan semasa temuduga serta memberikan kesedaran tentang kepentingan sikap profesional dan etika kerja. Melalui pendekatan praktikal dan interaktif, para peserta turut berpeluang menjalani sesi simulasi temuduga dan menerima maklum balas secara langsung.
Dua orang fasilitator jemputan dari Pusat Pekerjaan Brunei, iaitu Mohd Khairul Hasbullah bin Haji Anuar dan Awang Haji Abd Azim bin Haji Salleh, telah dijemput untuk menyampaikan bengkel ini. Sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar dan alumni telah berpeluang berinteraksi secara langsung dengan fasilitator, sekali gus memperoleh pendedahan yang bermakna serta ruang untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan proses temuduga.
UNISSA akan terus melaksanakan program pembangunan kemahiran seperti ini bagi memperkasakan pelajar dan alumni, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dengan adanya program sebegini, diharapkan para peserta dapat menghadapi alam pekerjaan dengan lebih yakin, profesional dan berdaya saing.