BENGKEL ANALISIS DATA DENGAN NVIVO 2.0

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bandar Seri Begawan, Isnin, 21 April 2025 – Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Persatuan Akademik Siswazah (PAKSI) telah mengadakan Bengkel Analisis Data dengan Perisian NVivo 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada sesi pertama Bengkel Analisis Data dengan Perisian NVivo 1.0 yang telah diadakan pada 17 Mac 2025.

Bengkel ini dianjurkan khusus untuk memberi pendedahan kepada pelajar siswazah tentang tatacara penggunaan perisisan NVivo dalam kerja penyelidikan kualitatif dan analisis data, yang mana perisian ini digunakan secara meluas untuk menganalisis data daripada teks, audio, dan video secara lebih mendalam.

Antara pengisian sepanjang bengkel tersebut berlangsung adalah mengenai kaedah analisis rakaman atau temu bual untuk menghasilkan transkrip dan juga mengenai proses pengolahan koding untuk data berbentuk kualitatif yang dikumpul.

Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Dayang Hajah Tiawa Binti Awang Haji Hamid, Penolong Kanan Profesor Fakulti Teknologi Islam (FIT) dan disertai oleh 21 orang pelajar siswazah daripada UNISSA dan Universiti Brunei Darussalam (UBD).