
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Taklimat Kerjaya: Abyad Syariah Auditing Menyokong, Menjana Keupayaan, Peluang Kerjaya Untuk Pelajar Universiti Islam pada hari Isnin, 17 Rejab 1445H bersamaan dengan 29 Januari 2024M. Program ini merupakan koloborasi buat julung kalinya melibatkan OCeAN dan Abyad Syariah Auditing.
Seramai 42 orang peserta terdiri daripada Alumni, Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA Gadong.
Taklimat Kerjaya ini disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Haji Suhaili bin Haji Momin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Abyad Syariah Auditing. Tuan Haji Suhaili antara lain memberikan penjelasan mengenai kaedah pengauditan disamping mengenalpasti pelaburan yang mematuhi konsep syariah. Taklimat kerjaya ini bertujuan menambah pengetahuan, kefahaman dan mengambil pelajaran daripada pengalaman pihak fasilitator mengenai audit syariah.
Hasil taklimat ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para Alumni, Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam menjalankan audit syariah.