CERAMAH MOTIVASI: HALA TUJU GRADUAN SELEPAS GRADUASI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

CERAMAH MOTIVASI: HALA TUJU GRADUAN SELEPAS GRADUASI

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan ceramah motivasi yang bertajuk Hala Tuju Graduan Selepas Graduasi yang disampaikan oleh Tuan Mejar (B) Haji Rusli bin Bujang, Kaunselor Profesional, Pengarah dan Pengurus Empower Academy & Consultancy dan President Brunei Darussalam Counselling Association [PERKAB].

Seramai 45 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa/mahasiswi UNISSA telah mengikuti ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Auditorium, JobCentre Brunei pada hari Isnin, 14 Safar 1446H bersamaan dengan 19 Ogos 2024M.

Ceramah motivasi ini diadakan secara dua sesi, iaitu sesi pertama dimulakan dengan ceramah motivasi yang mana dalam ceramah ini, Tuan Mejar (B) Haji Rusli bin Bujang telah menekankan pentingnya bersikap positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Beliau telah membincangkan bagaimana setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan sebenarnya adalah ujian yang bertujuan untuk menguji dan mengukuhkan ketahanan serta disiplin kita. Menurut beliau, ujian ini bukan sahaja mendidik kita untuk menjadi lebih berdaya tahan tetapi juga mendorong kita untuk terus berkembang maju dan tidak berputus asa dalam mengejar matlamat kerjaya dan kehidupan peribadi.

Manakala sesi kedua melibatkan diskusi dan soal jawap interaktif  secara langsung.

   

Antara tujuan Ceramah Motivasi ini adalah untuk memberikan dorongan kepada graduan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa dalam mencari peluang pekerjaan, dengan mengalakkan semangat yang berterusan untuk mencapai kejayaan.

Sesi bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada Tuan Mejar (B) Haji Rusli bin Bujang yang disampaikan oleh Dr Hajah Zurairatul Zakiah binti Dato Seri Setia Haji Rajid, Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), UNISSA.

Hasil dari ceramah motivasi ini diharapkan agar dapat memberikan inspirasi dan panduan praktikal yang boleh membantu alumni, bakal graduan dan pelajar mahasiswa/mahasiswi UNISSA dalam perjalanan selepas graduasi dan mempersiapkan diri untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan dan kerjaya dengan keyakinan dan persediaan yang lebih baik.