
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
22 Januari 2020, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) petang kelmarin telah dikunjungi oleh delegasi Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA), Indonesia.
Kunjungan delegasi diketuai oleh Ketua Umum HUDA, Yang Terhormat, Tgk H Muhammad Yusuf A Wahab, dan diiringi oleh Penolong Setiausaha HUDA Tgk Muhammad Rizuan Haji Ali serta seramai 11 orang tenaga pengajar.
Rombongan delegasi telah dialu-alukan oleh Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan seterusnya menerangkan perkembangan kemajuan yang telah dicapai oleh UNISSA serta program-program yang ditawarkan di UNISSA.
Dalam sesi dialog dengan para delegasi, pihak UNISSA membuka ruang kepada warga antarabangsa yang ingin mengikuti program-program yang ditawarkan termasuklah daripada Aceh.
Tujuan delegasi membuat lawatan adalah kerana begitu teruja untuk menghantar pelajar Aceh ke UNISSA agar dapat mendalami lagi pemahaman akidah ahli Sunnah Wal Jemaah dan Aliran Mazhab Al-Syafi’i yang merupakan pegangan di Negara Brunei Darussalam. HUDA setakat ini mempunyai sistem pendidikan tradisional yang menumpukan pengajian Islam berpandukan kitab-kitab turath dan sedang berusaha untuk memberikan pendidikan yang murni dalam menangani isu-isu global terutama masalah penyelewengan akidah.