KURSUS KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, PERSATUAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 2025/2026

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isnin – Rabu, 23 – 25 Jun 2025 – Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan kursus khas kepimpinan bagi ahli-ahli MPP yang baru dilantik bagi membina disiplin dan ketahanan diri
dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati serta menimbulkan motivasi ke arah kepimpinan yang berkarisma dan dapat ditauladani untuk menggerakkan sebarang aktiviti ilmiah dan kepimpinan dalam berpersatuan.

Kursus telah diadakan selama 3 hari di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Temburong. Kursus ini diadakan antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua ahli MPP mengenai aspek-aspek kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang releven bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan.