MAJLIS PELANTIKAN DAN WATIKAH MPPUNISSA 2025/2026 & PENGHARGAAN BAGI MPPUNISSA 2024/2025

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Khamis, 12 Jun 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan Majlis Pelantikan dan Watikah bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026 & Penghargaan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 di Dewan Seri Sutera (Hall 3), Seri Qlap Mall.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis serta menyampaikan Amanat ialah YM Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Seramai 18 orang pelajar yang terdiri dari 6 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan 12 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif menerima surat lantikan jawatan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026. Manakala, 19 orang menerima sijil penghargaan bagi khidmat mereka sepanjang lantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025. Menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026 ialah Awang Ahmad Danieel bin Abdul Haniff, pelajar Tahun 2, Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah.