
CERAMAH MOTIVASI: RELEASE YOUR INHIBITIONS
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Khamis, 28 Ogos 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
On Saturday, 16th August 2025, the Faculty of Islamic Development Management (FIDM) organised a session
EKSPLORASI KERJAYA 5.0: JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA
Bandar Seri Begawan, 30 Ogos 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni serta Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), telah menganjurkan program Eksplorasi Kerjaya 5.0 bertempat di Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri pada hari Sabtu, 06 Rabiul Awal 1447H bersamaan 30 Ogos 2025M. Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 peserta daripada bakal graduan dan alumni UNISSA, bertujuan memberikan pendedahan secara langsung mengenai struktur, fungsi serta peranan Jabatan Adat Istiadat Negara dalam tadbir urus negara.
Dalam sesi pertama program, para peserta berpeluang untuk mendengar taklimat rasmi mengenai Terasul dan Bahasa Pengganti Diri (Bahasa Dalam) yang disampaikan oleh Awang Mohammad Zaizul bin Haji Daud, Pegawai Adat Istiadat. Taklimat ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai tatacara dan protokol rasmi negara, di samping menegaskan peranannya dalam memelihara keaslian budaya serta warisan kebangsaan. Sejurus selesai taklimat, para peserta turut mengambil bahagian secara aktif melalui sesi soal jawab interaktif yang membolehkan mereka mengemukakan persoalan serta mendapatkan penjelasan terus daripada pegawai berpengalaman.
Seterusnya, program turut diserikan dengan sesi lawatan ke Bangunan Lapau yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Jabatan Adat Istiadat Negara. Para peserta berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat seni bina tradisional dan sejarah Bangunan Lapau, termasuk fungsi bangunan tersebut dalam melestarikan adat istiadat serta warisan budaya negara. Lawatan ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan Bangunan Lapau dalam konteks warisan budaya serta peranan Jabatan Adat Istiadat Negara dalam memelihara tradisi dan protokol kebangsaan. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai Jabatan Adat Istiadat Negara.
Sebagai tanda penghargaan, program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada Jabatan Adat Istiadat Negara yang disampaikan oleh Dr Mohammad Yadiy Bin Haji Mat Yassin, Yang Di-Pertua, Persatuan Alumni UNISSA kepada Yang Mulia Awang Mohammad Zaizul bin Haji Daud, Pegawai Adat Istiadat.
Dengan adanya program ini, diharap dapat meningkatkan kebolehpasaran para peserta, mengukuhkan semangat patriotisme serta menginspirasikan penyertaan lebih ramai alumni dan mahasiswa dalam sektor awam demi pembangunan negara. Selain itu, memperoleh pendedahan mengenai pelbagai kerjaya dalam sektor awam, memahami keperluan dan tanggungjawab yang terlibat serta menimba pengalaman yang boleh dijadikan panduan dalam merancang laluan kerjaya masing-masing.