KARNIVAL KERJAYA: IKON ALUMNI – INSPIRASI & MOTIVASI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KARNIVAL KERJAYA:
IKON ALUMNI – INSPIRASI & MOTIVASI

Bandar Seri Begawan, 13 Ogos 2025 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Alumni UNISSA sesi 2023/2025, telah menganjurkan “Karnival Kerjaya: Ikon Alumni – Inspirasi & Motivasi” di Bilik Al-Ghazali 1, Kampus Sinaut, UNISSA, sempena Mahrajan Hafl al-Takharruj yang ke-15.

Program ini merupakan sesi perkongsian pengalaman, dimana para alumni dijemput untuk berkongsi perjalanan dan kerjaya mereka, sekaligus memberi inspirasi serta motivasi kepada pelajar dan graduan baharu. Seramai 11 alumni UNISSA dan 32 pelajar telah hadir memeriahkan program ini.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Muhammad Aiman Izzuddin bin DP Haji Jaidin, lalu diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Rabi’atul Adawiah binti Azman, Timbalan Setiausaha, Persatuan Alumni UNISSA sesi 2023/2025, selaku wakil Persatuan Alumni UNISSA sesi 2023/2025.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian sama ikon alumni UNISSA yang menampilkan tiga panel jemputan:

  • Yang Mulia Muhamad Wafiuddin Bin Karim, Alumni UNISSA 2018;
  • Yang Mulia Mejar Nur Nadiah Binti Nassruddin, Alumni UNISSA 2012, dan
  • Yang Mulia Norsuziyani Binti Abdullah, Alumni UNISSA 2022.

Sesi ini dikendalikan oleh moderator Yang Mulia Abdul Mujib bin Awang Sh’minan, Alumni 2025, dan turut merangkumi sesi soal jawab interaktif bersama para peserta. Bagi memeriahkan suasana, majlis turut diserikan dengan kuiz interaktif yang dikendalikan oleh Nur Alia Syazwani binti Haji Maidin, Alumni 2022, diikuti sesi penyampaian cenderahati kepada para panel jemputan dan sesi bergambar ramai sebagai kenangan.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan inspirasi serta pendedahan dunia kerjaya kepada warga UNISSA melalui perkongsian pengalaman sebenar daripada para alumni. Dengan initiatif ini, ianya dapat membimbing generasi pelajar seterusnya dalam merancang masa depan yang lebih cemerlang.