UNISSA PRESS MELANCARKAN SEBANYAK 33 BUAH BUKU TERBAHARU SEMPENA MAHRAJAN HAFL AL-TAKHARRUJ

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isnin,  Sinaut- 11 Ogos 2025.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) telah melancarkan sebanyak 33 buah buku terbaharu, di mana pecahan buku-buku tersebut merangkumi seperti 23 buah buku, 2 buah dalam bentuk Monograf dan sebanyak 8 buah lagi dalam bentuk Jurnal. Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Duli Yang Teramat Mulia juga menerima pesembah bagi buku-buku tersebut. Maharajan Hafl al-Takharruj pada tahun ini membawa tema: ‘Pembangunan Mampan Industri Agri-Halal’ (Sustainable Development of AgriHalal Industry).