
The International Conference on Islamic Moderate Thought and Its Challenges in the Era of Artificial Intelligence (ICONWAT- AI 2025)
Isnin, 15 September 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Isnin, 15 September 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Selasa, 9 September 2025 – Detik bersejarah bagi UNISSA dan DST dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Rabat, Maghribi, 23–25 Jun 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus membuktikan kedudukan sejajarnya dengan universiti terkemuka antarabangsa apabila turut diundang menyertai 6th Vice Chancellors’ Forum of Universities in the Islamic World anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO), bertempat di Ibu Pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi. Penyertaan ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan dan komitmen UNISSA dalam pengajian tinggi Islam di persada global.
Bertemakan “Reimagining Higher Education in the Islamic World: Innovation, Sustainability, and Global Impact”, forum ini menghimpunkan tokoh-tokoh pendidikan tinggi dari dunia Islam bagi membincangkan masa depan pendidikan tinggi yang inklusif dan lestari. Antara topik utama yang diketengahkan termasuk inovasi pendidikan, kepimpinan beretika berteraskan nilai Islam, dan impak global institusi pendidikan.
Menyerlahkan komitmen UNISSA dalam memperkasa pendidikan Islam, Dr. Haji Arman bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor UNSSA telah dijemput sebagai ahli panel dalam sesi selari bertajuk “Peranan Kepimpinan Pendidikan Tinggi dalam Membina Universiti Moden dan Produktif.” Dalam sesi tersebut, beliau turut berkongsi pendekatan UNISSA dalam melahirkan generasi khayra ummah menerusi program akademik berkualiti sejajar dengan keperluan semasa serta amalan terbaik dalam penyelidikan, inovasi dan khidmat masyarakat yang akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat Wawasan Negara Brunei 2035.
Forum ini turut menjadi platform bagi UNISSA memperkukuh kerjasama strategik melalui pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama International Islamic University Islamabad (IIUI), Pakistan serta pemeteraian Surat Hasrat Kerjasama (LoI) dengan University of Sargodha, Pakistan.
Seterusnya delegasi UNISSA yang turut disertai oleh Dr. Hafini bin Mahmud, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Mohammed V dan Dar El-Hadith El-Hassania, Universiti al-Qarawiyiin pada 25 Jun 2025. Lawatan tersebut adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pertukaran pelajar, pengajian Islam dan kajian manuskrip termasuk mempergiat kerjasama sedia ada dengan Universiti Mokammmed V. Lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian MoU bersama Dar El-Hadith El-Hassania, University al-Qarawiyyin yang diharap akan menjadi pemangkin kepada penyelidikan ilmiah dan pengembangan keilmuan Islam.
Penyertaan UNISSA dalam forum serta jalinan kerjasama yang dimeterai mencerminkan peranan aktif universiti dalam pembangunan pendidikan tinggi Islam yang dinamik, serta memperkukuhkan kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat kecemerlangan ilmu di peringkat global.