AKTIVITI MAKTABAH UNISSA DI PANTAI MUARA BERSAMA NADI MAKTABAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu – 19 Julai 2025 Seramai 21 orang kakitangan Perpustakaan UNISSA dan juga pelajar UNISSA terdiri dari kelab perpustakaan ‘Nadi Maktabah’ telah mengikuti ‘Library Bootcamp’ di Pantai Rekreasi Muara. Adapun program sebegini diadakan adalah untuk membina sifat perpaduan serta ukhuwah di antara semua peserta serta menggalakkan kerja berpasukan. Program diisi dengan aktiviti seperti Ice-Breaking, Brainstorming dan juga Teambuilding. Kempen kebersihan juga dimuatkan demi menjaga persekitaran dan mengekalkan ekosistem dan habitat yang sihat sekaligus melahirkan pelajar dan masyarakat yang waspada dalam menjaga alam sekitar. Usaha sebegini juga bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha bersama untuk sentiasa memastikan kawasan pantai dan taman rekreasi dalam keadaan bersih untuk dikunjungi oleh orang awam sambil mendukung United Nations Sustainable Development Goals. Alhamdulillah kempen kebersihan Library Bootcamp kalini berjaya mengutip sebanyak 20kg sampah.