
The International Conference on Islamic Moderate Thought and Its Challenges in the Era of Artificial Intelligence (ICONWAT- AI 2025)
Isnin, 15 September 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Isnin, 15 September 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Selasa, 9 September 2025 – Detik bersejarah bagi UNISSA dan DST dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman
Selasa, 2 September 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan
Ahad, 13hb April 2025, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong – Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2024/2025 telah mengadakan Program UNISSA Revamp 2.0 yang dianjurkan oleh Unit Logistik (UL), dengan kolaborasi anjuran bersama Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE), Unit Kemasyarakatan dan Kesukarelawan (UKMKS) dan Unit Kolej Kediaman Siswa & Siswi (UKKSASI), Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA. Program ini bertujuan untuk mengubahsuai dan menambahbaikan fasiliti yang terdapat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong, serta kempen kebersihan secara menyeluruh di semua kawasan persekitaran kampus dengan tujuan untuk menjaga keselamatan, kesejahteraan, dan kemaslahatan warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Nur Jahran bin Johari EXCO Unit Logistik (UL).
Pada sesi pagi, terdapat dua bahagian aktiviti yang melibatkan mencabut dan membuka karpet Multi-Purpose Hall (MPH) dan mengecat tempat letak kereta yang pudar.
Pada sesi petang, program diteruskan dengan pelaksanaan kempen kebersihan di kawasan persekitaran kampus Gadong, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, terutamanya di persekitaran blok M, blok N, blok L, bilik kuliah, kawasan luar Auditorium, Gymnasium, Unissa Cafe, kawasan luar kolej kediaman dan Multi-Purpose Hall (MPH). Program kemudian ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kafarah.