INTERNATIONAL DAY 1446H/2025M

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Antarabangsa (UHEA), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA sesi 2024/2025 telah menganjurkan acara International Day dengan penuh kemeriahan pada hari Sabtu, 20 Syawal 1446H bersamaan 19 April 2025M bertempat di Dewan Auditorium, Kampus Gadong, UNISSA.

Acara ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Professor Dr Hamit Ersoy, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat majlis. Serta turut hadir, Tuan Yang Terutama, Janbaz Khan, Duta Besar Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama, Mohammad Taghi Rajabi, Duta Besar Iran ke Negara Brunei Darussalam, dan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Turut hadir pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, Tenaga Akademik, pegawai & kakitangan, serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Bertemakan “Budaya Menghubungkan Bangsa”, majlis ini menonjolkan kekayaan dan keindahan kepelbagaian budaya yang menjadi jambatan pemahaman dan persaudaraan antara pelbagai latar belakang bangsa dan negara. Tema ini mencerminkan usaha UNISSA dalam memperkukuh ukhuwah sejagat melalui penghargaan terhadap warisan budaya.

Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Hujurat oleh Muhammad Azrin Bin Maiden, Tahun 3, Fakulti Syariah dari Singapura.

Majlis diteruskan dengan tayangan video khas daripada Unit Hal Ehwal Antarabangsa yang menampilkan aktiviti dan pengalaman pelajar antarabangsa sepanjang berada di UNISSA. Acara kemudian diteruskan dengan persembahan pelbagai budaya oleh para pelajar antarabangsa, yang memeriahkan lagi suasana dan mencerminkan keunikan serta keharmonian dalam kepelbagaian budaya di UNISSA.

International Day tahun 1446H/2025M telah menjadi platform yang bermakna untuk mempererat hubungan silaturahim antara warga UNISSA tempatan dan antarabangsa.