
INTERNATIONAL DAY 1446H/2025M
Sabtu, 19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal
Sabtu, 19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 18 April 2025, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN Bandar Seri Begawan,
Khamis, 17 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Staff 2024 di Auditorium UNISSA, Kampus Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Hadir sama bagi menyerikan majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, Duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan strategik industri UNISSA.
Majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Staff bagi tahun 2024 kepada seramai 17 penerima bagi tujuh kategori kecemerlangan berkenaan pengajaran, penyelidikan, pentadbiran dan pengurusan seta penglibatan kemasyarakatan.
Anugerah ini bertujuan untuk memberi inspirasi, galakan dan sebagai sokongan kepada komitmen bersama dalam menyediakan pendidikan tinggi Islam yang berkualiti dan penyelidikan berimpak tinggi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ummah dalam ekosistem berteraskan Maqasid Syariah.
Turut Hadir, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik dan warga kerja serta mahasiswa/i UNISSA.