
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri [OCeAN], UNISSA telah menganjurkan Program Eksplorasi Kerjaya 3.0: Jabatan Penerangan bertempat di Auditorium, Tingkat 1, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA telah menyertai program tersebut.
Sesi pertama lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Azyzul Azman @ Rosman Bin Yakub, Ketua Meja Pemasaran, Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Penerangan. Taklimat tersebut antara lain menjelaskan tentang peranan dan perincian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan.
Pada sesi seterusnya, para peserta diberikan kesempatan melawat ke bahagian-bahagian Jabatan Penerangan iaitu Seksyen Penerbitan dan Seni Reka, Bahagian Pelita Brunei, Unit Foto, dan Galeri Lentera Makmur.
Para peserta turut diberikan peluang untuk mengajukan soalan dan mendapatkan maklumat secara langsung kepada pegawai-pegawai di Jabatan tersebut.
Sesi melawat bahagian-bahagian dan unit-unit di bawah Jabatan Penerangan diakhiri dengan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh Nur Iffah Binti Awang Mitasby, Ketua Unit Penyelidikan, Persatuan Alumni UNISSA kepada Yang Mulia Awang Mohammad Azmi bin Awang Damit, Pemangku Ketua Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan.
Hasil daripada program ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dan pemahaman yang mendalam tentang keraja dalam Jabatan Penerangan kepada para peserta yang menghadiri program ini serta dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh dalam menyumbang kepada pembangunan negara.