
PROGRAM PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN YANG MEMERLUKAN SEMPENA PROGRAM ‘RAMADHAN FOOD DRIVE 25: IKHLAS MEMBERI, BERKAT MENANTI’.
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Khamis, 20 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjalankan program EidCleanUp Donation sebagai aktiviti berbagi rezeki dan bersedekah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Seramai 25 orang Rakan U.M.A.T UNISSA dan 10 orang sukarelawan Mahasiswa UNISSA turut terlibat menjayakan program khidmat masyarakat ini.
Tujuan program selain daripada meringankan bebanan orang yang kurang berkemampuan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Ia juga dapat memupuk sifat bertanggungjawab, prihatin dan peka akan keadaan sekeliling dengan memberikan bantuan kepada masyarakat.
Program khidmat masyarakat kali ini memfokuskan kepada pengagihan barang-barang membersih luar dan dalam rumah sebagai penyediaan awal meraikan Hari Raya Aidilfitri, seperti cangkul, skop tanah, penyapu, mop lantai, bahan mencuci lantai dan tingkap, minuman tin dan sedikit makanan kering.
Seramai 20 buah keluarga dari kawasan Mukim Lumapas telah dipilih untuk menerima sumbangan EidCleanUp Donation. Diharap dengan mengadakan program ini dapatlah membantu golongan yang kurang berkemampuan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan persekitaran yang bersih dan cantik.