UNISSA/LTK/MMKK/SNT(1TAHUN)/2026: TAWARAN PERKHIDMATAN PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN KOLEJ KEDIAMAN DI KAMPUS SINAUT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BAGI TEMPOH SELAMA SATU (01) TAHUN

Tender Details

Tender Number : 1
Tender Reference : UNISSA/LTK/MMKK/SNT(1TAHUN)/2026
Tender Description:
Tender Fee : 30
Closing Date: May 6, 2025 2:00 pm

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang BERDAFTAR di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act) dan tawaran ini layak bagi syarikat-syarikat dan Pembekal-Pembekal yang;

 

a. Mempunyai SIJIL HALAL yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

b. Mempunyai SIJIL PENGENDALI MAKANAN yang sah dan dikeluarkan oleh Autoriti Makanan Brunei Darussalam / Brunei Darussalam Food Authority (BDFA).

 

c. Mempunyai SIJIL PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN (FOOD PREMISE INSPECTION) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

 

d. Mempunyai kakitangan / pekerja yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan badan dan seterusnya telah mendapatkan SIJIL KESIHATAN yang sah dari Doktor Kerajaan dan mempunyai SIJIL-SIJIL SUNTIKAN yang sah & membaharui sijil-sijil berkenaan jika telah mansuh.

 

 

2. Syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai SENDIRIAN BERHAD hendaklah menyertakan Sijil Pematuhan Cukai (Certificate of Tax Compliance – COTC) yang terbaharu / terkini iaitu sehingga tahun 2024 dan telah DISAHKAN oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan salinan Penyata Tahunan Annual Returns Dan Annual General Meeting (yang terbaharu/terkini) bersama-sama dengan Borang Tawaran ini. Bagi mana-mana syarikat / pembekal yang tidak menyertakan dokumen-dokumen berkenaan maka Borang Tawaran ini akan DITOLAK.

 

3. Dokumen Borang Tawaran boleh diperolehi:

 

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

BAHAGIAN KEWANGAN,

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE 1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

**NOTA: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Tawaran, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

 

Pada waktu-waktu (termasuk menerima Yuran Tawaran) seperti berikut :

 

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.00 petang hingga 3.00 petang

HARI SABTU

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat yang berminat mengikuti tawaran ini bolehlah bertanya terus ke Kaunter Kewangan UNISSA atau menghubungi +673 7326726.

 

4. Yuran Tawaran adalah $30.00 [RINGGIT BRUNEI: TIGA PULUH SAHAJA] dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar Tawaran yang sah.

 

5. Segala kehendak dalam Borang Tawaran mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan Tawaran ini akan DITOLAK.

 

6. Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan ‘BLANCO’.

 

7. BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

8. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG TAWARAN YANG ASAL. TIDAK BOLEH DIFOTOKOPI (PHOTOCOPY), DIIMBAS (SCAN) & DICETAK SEMULA (RE-PRINT). Tawaran yang telah diisi dengan lengkap dan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan kedalam PETI TAWARAN yang disediakan dan dialamatkan kepada:


PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, BLOK ‘A’, TINGKAT 1,

BANGUNAN (LAMA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN

LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS, BB 3510

BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Tawaran-tawaran hendaklah dimasukan ke dalam PETI TAWARAN LEMBAGA TAWARAN KECIL (LTK), KEMENTERIAN PENDIDIKAN yang terletak di Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan Kewangan Dan Perbekalan, Pusat Perkhidmatan Setempat, One Stop Center, Lantai Bawah Blok C, Bangunan Kementerian Pendidikan, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB 3510 Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 

9. Setiap Tawaran bagi setiap SATU TAJUK TAWARAN hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI (SEALED). Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN TAWARAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

 

10. Salinan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / Nama-Nama Perniagaan (SIJIL PERNIAGAAN 16 & 17 atau FORM X), salinan RESIT PEMBAYARAN dan lain-lain dokumen yang diperlukan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.

 

11. Tawaran hendaklah dikembalikan TIDAK LEWAT HARI SELASA, 06 MEI 2025, JAM 02.00 PETANG.

 

12. SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan lain-lain yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.

 

13. Tawaran-Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan.

 

14. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

15. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah.

Syarat-Syarat Tawaran

  1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang BERDAFTAR di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act).

 

  1. Syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai Sendirian Berhad hendaklah menyertakan Sijil Pematuhan Cukai (Certificate of Tax Compliance – COTC) yang terbaharu/terkini dan telah DISAHKAN oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan salinan Penyata Tahunan Annual Returns Dan Annual General Meeting (yang terbaharu/terkini) bersama-sama dengan Borang Tawaran Sebutharga ini. Bagi mana-mana syarikat / pembekal yang tidak menyertakan dokumen-dokumen berkenaan maka Borang Tawaran Sebutharga ini akan DITOLAK.

 

  1. Dokumen tawaran boleh diperolehi:

 

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

KAUNTER BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG BE 1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

**NOTA: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

 

Pada waktu hari bekerja (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut:

 

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

2.00 Petang Hingga 3.00 Petang

 

HARI SABTU

8.30 Pagi Hingga 10.00 Pagi

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat yang berminat mengikuti tawaran ini bolehlah menghubungi +673 7326726.

 

**Tertakluk sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

 

  1. Yuran tawaran adalah $10.00 SAHAJA dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.

 

  1. Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.

 

  1. Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan BLANCO’.

 

  1. BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

 

  1. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI TAWARAN yang disediakan dan dialamatkan kepada :

 

PENGERUSI SEBUT HARGA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

  1. Setiap tawaran bagi setiap SATU TAJUK SEBUTHARGA hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI (SEALED). Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN SEBUTHARGA dan TAJUK SEBUTHARGA disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

 

  1. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat HARI RABU, 24 MAC 2022, JAM 02.00 PETANG. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.

 

  1. Salinan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT/Nama-Nama Perniagaan (SIJIL PERNIAGAAN 16 & 17 atau FORM X), salinan RESIT PEMBAYARAN dan lain-lain dokumen yang diperlukan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.

 

  1. SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Pembangunan, AITI dan lain-lain yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.

 

  1. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara rujukan: LTN/4(39/1997).

 

  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.

 

  1. Hanya syarikat yang terpilih dan berjaya sahaja yang akan dihubungi. Manakala, syarikat yang tidak dihubungi selepas SATU (01) BULAN daripada TARIKH TUTUP mengembalikan borang sebutharga adalah DIANGGAP TIDAK BERJAYA.