UNISSA PRESS DI PESTA BUKU BRUNEI 2024 SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sebagai salah satu strategi pemasaran buku-buku terbitan UNISSA, UNISSA Press telah menyertai Pesta Buku Brunei 2024 sempena Sambutan Bulan Bahasa 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Antara objektif penyertaan UNISSA Press di Pesta Buku Brunei ini adalah untuk mempromosikan buku-buku terbitan UNISSA, mengeratkan jalinan kerjasama, hubungan perniagaan serta wadah pertemuan antara penerbit buku, toko buku dan masyarakat, sebagai ‘One Stop Academic and Islamic Book’ iaitu tumpuan Buku-buku Akademik dan Islamik serta Memperkenalkan bahan terbitan UNISSA kepada masyarakat. Pesta Buku Brunei telah diadakan pada 29 Rabiulakhir-09 Jamadilawal 1446/2-11 November 2024, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2024 telah diadakan pada 02 November 2024 dan perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad selaku tetamu khas.