
UNISSA SERTAI FORUM PEMIMPIN UNIVERSITI DI BANGKOK
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama pengajian tinggi lain di ASEAN, China dan Russia
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama pengajian tinggi lain di ASEAN, China dan Russia
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 23 September 2024, Pusat Penyelidikan dan
Khamis, 30 Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1446H/2025M pada hari Khamis, 30 Rejab 1446H bersamaan 30 Januari 2025M, jam 8.00 pagi, berlangsung di Surau Al-Syafi’i UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Juga turut hadir ialah pemangku timbalan rektor, penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan UNISSA.
Sambutan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan diikuti dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan.
Majlis seterusnya diserikan dengan penyampaian tazkirah khas yang bertema “Sembahyang Mencerdaskan Minda” oleh Dr Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil, Penolong Kanan Profesor dari Fakulti Usuluddin.
Antara inti pati yang dapat diambil daripada tazkirah berkenaan bahawa sembahyang bukan hanya ibadah zahir tetapi ia juga memberi manfaat dalam aspek rohani dan mental. Sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas akan memberi ketenangan kepada minda, meningkatkan tumpuan serta membersihkan hati dari segala kekotoran. Ia juga menjadi cahaya yang menerangi jalan kehidupan kita, memberi petunjuk dan menghindarkan kita dari kesesatan. Oleh itu, melalui sembahyang kita bukan sahaja memperbaiki hubungan dengan Tuhan tetapi juga mengasah kecerdasan dan kekuatan mental kita untuk menghadapi cabaran hidup.
Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi memperingati peristiwa agung perjalanan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa lalu menuju ke Sidratul Muntaha sebagai salah satu tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala di samping meningkatkan kefahaman serta pengetahuan tentang isi tazkirah yang disampaikan.