
MAJLIS ANUGERAH BUKU UNISSA 2024
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 23 September 2024, Pusat Penyelidikan dan
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Pelancaran Sistem Perpustakaan Baharu anjuran Perpustakaan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya menerbitkan 34 buah buku dalam pelbagai bidang hasil tulisan beberapa orang penulis dan dilancarkan bersempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-14 UNISSA yang telah diadakan pada 22 Ogos 2024. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali Sebanyak 34 buah buku terbaharu terbitan UNISSA dalam pelbagai bidang telah dilancarkan yang mana empat (4) buah buku antaranya adalah hasil daripada geran penyelidikan di bawah Dana Cuti dan Geran Penyelidikan Universiti, UNISSA (URLG). Buku-buku tersebut terdiri daripada sepuluh (10) buah buku dalam bahasa Melayu, tiga belas (13) buah buku dalam bahasa Inggeris, tiga (3) buah buku dalam bahasa Arab, serta sebuah monograf. Di samping itu, turut dilancarkan tujuh (7) buah jurnal iaitu dua (2) edisi AR-RA’IQ, dua (2) edisi Al-Shafi’i: International Journal of Islamic Contemporary Studies, dua (2) edisi Journal of Halal Science and Technology, dan sebuah edisi International Journal of Umranic Studies (IJUS).