![](https://unissa.edu.bn/storage/2025/02/OPEN-DAY-SINAUT-2025-7-300x209.jpg)
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Rabu, 12 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus UNISSA Gadong dan juga akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Februari 2025 di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong. Acara Hari Terbuka UNISSA dibukakan untuk kunjungan orang ramai mulai jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.
Hari Terbuka UNISSA adalah salah satu acara tahunan yang bertujuan untuk mendedahkan dan mengongsikan pelbagai program pengajian akademik yang ditawarkan oleh UNISSA kepada pemohon-pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi sebagai landasan perkongsian maklumat mengenai UNISSA kepada bakal pelajar dari segi ciri-ciri program yang ditawarkan, kriteria dan syarat-syarat kemasukan serta proses dan prosedur kemasukan.
Seterusnya, melalui sesi konsultasi dan interaksi bersama tenaga-tenaga akademik diharapkan akan dapat membantu mereka dalam membuat pilihan dan menentukan program pengajian yang sesuai dengan kelulusan mereka serta kesesuaian prospek kerjaya yang mereka cita-citakan.
Pada tahun ini, UNISSA menawarkan beberapa program baru antaranya Ijazah Dual Sarjana Muda (Dual Degree Programme) Kewangan Islam yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA dan Program Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Selain itu, antara program baru yang ditawarkan ialah Program Dual Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (BADM) yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA dan Program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBM) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Pusat Pengajian Manuskrip Islam, UNISSA juga menawarkan dua program baru bagi peringkat siswazah iaitu Program Ijazah Doktor Falsafah Manuskrip Islam (Secara Penyelidikan) dan Ijazah Sarjana Manuskrip Islam (Secara Penyelidikan).
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa juga menawarkan program baru iaitu Program Tamhidi UNISSA-Kolej International Graduate Studies (KIGS) yang sudah bermula pada Januari 2025.
Pelaksanaan program-program baru ini membuka peluang dan pengalaman baru di peringkat antarabangsa kepada pelajar. Penawaran program baru ini juga menjadikan kehadiran UNISSA semakin dirasai di arena pendidikan antarabangsa dalam mengukuhkan reputasi UNISSA dalam menawarkan program akademik bertaraf global.