PERTANDINGAN BOLA SEPAK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI PIALA CANSELOR 2024/2025

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad, 2 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku penganjur meneruskan Piala Canselor 2024/2025 antara institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam, Berakas.

Kejohanan tersebut menyaksikan penyertaan dari 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang agi kejohanan itu ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Perlawanan turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Utama UNISSA dan para jemputan daripada institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

Pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan tersebut selepas menewaskan pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di perlawanan akhir. Naib juara disandang oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) manakala Universiti Teknologi Brunei (UTB) memperoleh tempat ketiga setelah menewaskan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Manakala Penjaring Gol terbanyak dimenangi oleh Naeem Shareef dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Penjaga gawang gol terbaik juga dimenangi oleh Abdul Mudzil bin Ahmad Saufi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Pemain terbaik seluruh pertandingan (MVP) dimenangi oleh Mohammad Alif Azizi bin Haji Abdullah dari Universiti Brunei Darussalam.

Kejohanan Bola Sepak ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan nilai kerjasama dan disiplin di antara para pelajar yang bertanding. Selain itu, pertandingan bola sepak ini juga dapat memberi kesedaran kepada para peserta untuk sentiasa kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.