LAWATAN DAN PERBINCANGAN INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS), MALAYSIA KE FAKULTI USULUDDIN UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KHAMIS, 26 SEPTEMBER 2024 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima lawatan kunjungan daripada Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, (IPDAS) Malaysia bagi perbincangan mengenai peluang kerjasama yang boleh diterokai antara Institut  Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, (IPDAS) Malaysia dengan Fakulti Usuluddin UNISSA. Perjumpaan lawatan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat L1.2, UNISSA di kampus Gadong.

 

Rombongan IPDAS diketuai oleh Pengarah IPDAS, Sabah Malaysia. Ahli-ahli rombongan ini terdiri daripada :

NAMA

JAWATAN

1. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman Pengarah IPDAS (Ketua Delegasi)
2. Puan Nurhikmah binti Masir Pengetua IPDAS Kampus Kudat
3. Encik Ahmad Azharuddin bin Abdul Sattar Penolong Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan dan Kewangan IPDAS
4. Encik Muhammad Amir bin Abdul Yasim Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Kurikulum / Dasar dan Standard
5. Encik Mohd Hafizi bin Nurodin Pegawai Psikologi IPDAS
6. Encik Jamal Adli bin Ahmad Shukri Ketua Jabatan Dakwah dan Ketua Program Diploma Dakwah Kontemporari
7. Encik Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kualiti Darul Quran JAKIM

Kunjungan lawatan ini telah disambut oleh YM Profesor Dato’ Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, (Dekan Fakulti Usuluddin (FU), Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, (Timbalan Dekan FU), Dr Elsayed Abdalla Amin (Ketua Program Siswazah FU) dan Dr Hajah Masuriyati binti Haji Yahya (Ketua Program Prasiswazah FU). Pensyarah-pensyarah Fakulti Usuluddin terdiri daripada Professor Dr Fathiddin Mhd Abdullah Beyanouni, Associate Professor Dr Ahmad Fadhel Yousif, Dr Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil, Dr Gumaa Ahmed Himmad Adam, Dr Muhammad Zakir Bin Husain dan Dr Artini binti Timbang. Wakil daripada  Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa (PUSPAA) UNISSA ialah Dr Hafini bin Haji Mahmud.

Perjumpaan ini diakhiri dengan bacaan surah al-‘Asr dan sesi bergambar ramai.

Setelah selesai menikmati jamuan, rombongan juga turut dibawa untuk melawat ke Perpustakaan UNISSA serta melawat Studio Mushaf yang terletak di bahagian aras bawah basement Perpustakaan UNISSA.