
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
21 September 2024 – Pada hari sabtu, 21 September 2024 dua orang (2) pelajar Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berangkat bagi menjalani Study Abroad Programme (SAP) ke Kuliah Al-Ulum Al-Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir.
22B0328 Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim & 22B0315 Nur Fatihah binti Abdullah Zamanul Azman kedua-duanya pelajar tahun 3 daripada Program Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah & Dakwah) akan menjalani program pengajian ke seberang laut itu selama 2 semester.
Turut hadir sama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Brunei Darussalam bagi mengucapkan selamat belayar kepada pelajar-pelajar ini ialah Dekan Fakulti Usuluddin, YM Profesor Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, YM Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar dan YM Penyelaras At-Tamayyuz Fakulti Usuluddin, Ustazah Hajah Nurol Halimatulwara’ binti Haji Mumin.