OPEN MAKTABAH 2024

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date: September 24, 2024

Perpustakaan UNISSA akan mengadakan Open Maktabah selama tiga (3) hari iaitu pada 24, 25 dan 26 September 2024 seperti berikut:

24 September 2024 (Selasa) – Gadong
(8.30am-4.00pm)

-Fakulti Syariah
-Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah
-Fakulti Bahasa Arab
-Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam

25 September 2024 (Rabu)- Gadong
(8.30am-4.00pm)

-Fakulti Pembangunan dan Pengurusan Islam
-Fakulti Usuluddin
-Fakulti Teknologi Islam

26 September 2024 (Khamis)- Sinaut
(9.30am-4.00pm)

-Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban
-Fakulti Pertanian

Diantara aktiviti yang akan diadakan semasa Open Maktabah itu nanti ialah tunjukcara akses dan penggunaan sistem-sistem dan database perpustakaan seperti:

  • Sistem e-Fihrist Perpustakaan yang baru (Pencarian buku – OPAC e-Fihrist dan akaun pengguna Perpustakaan).
  • Sistem Peminjaman bilik perbincangan dan selfstudy Perpustakaan
  • Sistem Repositori Perpustakaan e-i’lami bagi akses kepada kertas soalan peperiksaan, thesis dan buku-buku perpustakaan secara online.
  • Tatacara akses database-database yang dilanggan oleh UNISSA seperti Lexisnexis, CLJ, Ebscohost dan Scopus.
  • Kaedah akses dan penggunaan Cloud Printing
  • Kaedah akses kepada email UNISSA.
  • Kaedah Peminjaman buku ke Perpustakaan lain (Reciprocal Borrowing Scheme)
  • Kelab Nadi Maktabah

Pelajar-pelajar yang hadir dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan akan diberikan percuma topup credit bagi cloud printing. Credit Percuma ini akan diberikan kepada 150 pelajar terawal sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Helpline Perpustakaan di talian +6738873346