
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti Universitas Borneo (KUUB) dan Pertukaran Deklarasi Persefahaman (DoU) Penubuhan KUUB bersama 16 buah Universiti Ahli KUUB bertempat di Fugo Hotel, Banjarmasin, Indonesia. KUUB adalah merupakan gabungan yang disertai oleh 16 buah universiti-universiti yang terpilih di rantau Borneo.
Majlis perasmian Konvensyen KUUB dan Pertukaran DoU Penubuhan KUUB telah disempurnakan oleh Wakil Gabernur Kalimantan Selatan, Hjh. Husnuh Hatimah, S.H., M. H. Turut hadir adalah Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak merangkap Pengerusi Pengasas KUUB dan Datin Paduka Professor Dr. Dayang Hajah Zohrah Haji Sulaiman, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei merangkap Timbalan Pengerusi KUUB. Hadir mewakili UNISSA ialah Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) dan Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA.
Pertukaran DoU Penubuhan KUUB menyaksikan kerjasama serantau diantara Universiti Ahli KUUB antaranya penganjuran bersama persidangan, kongres, seminar, latihan, projek berkaitan dengan bidang tumpuan utama KUUB: Pembangunan Belia, Wanita Dalam Penyelidikan dan Pembangunan, Universiti Untuk Komuniti, Pertukaran Seni & Budaya, Kepimpinan dan Tadbir Urus Global, Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti, Pemuliharaan, dan Biodiversiti.
Inisiatif penubuhan KUUB adalah untuk meningkatkan komitmen dan perkongsian strategik antara universiti awam dan milik kerajaan di Borneo untuk menyokong kecemerlangan, keupayaan dan pengantarabangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikandan inovasi serta mobiliti pelajar dan kebolehpasaran graduan. Selain itu, pakatan ini dilihat sebagai salah satu usaha rangkaian kerjasama yang dapat memantapkan taraf pendidikan di kepulauan Borneo sekaligus menjadikan Brunei, Malaysia dan Indonesia sebagai destinasi pengajian tinggi terulung di rantau Asia.