DUA PELAJAR UNISSA MULAI PENGALAMAN PENGAJIAN LUAR NEGARA DI UIAM

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Malaysia untuk menyertai Program Pengajian Luar Negara (Study Abroad Programme) selama setahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kedua-dua pelajar tersebut, Syaza Imane binti Haji Muliadey dan Najibah Farihah binti Haji Ramlee, merupakan pelajar daripada jurusan Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan di UNISSA. 

Turut sama hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar adalah Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha, selaku Dekan FPPI dan juga Awang Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Timbalan Dekan FPPI. Pihak Fakutli sangat bangga dengan pencapaian mereka dan percaya bahawa pengalaman mereka di UIAM akan memperkayakan pengalaman akademik dan kemahiran mereka. Ini juga adalah langkah penting dalam memperluaskan horison pendidikan pelajar. 

Program Pengajian Luar Negara adalah sebahagian daripada usaha UNISSA untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan memperluaskan pemahaman mereka tentang budaya dan sistem pendidikan di luar Brunei Darussalam. Selama setahun di UIAM, Syaza Imane dan Najibah Farihah akan mendalami kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan pembangunan. 

Pelajar diharap dapat memanfaatkan pengalaman mereka di UIAM untuk memperkayakan pengetahuan dan kemahiran mereka, serta membawa pulang pengalaman berharga ini ke Brunei Darussalam untuk memajukan negara serta memberi manfaat besar dalam perkembangan akademik dan profesional mereka pada masa depan.