
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Khamis, 14 September 2023 – Para pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dari UNISSA telah membuat lawatan sambil belajar bagi kursus CM3314 Islamic Marketing di Brunei Halal foods di Salambigar Industrial Park. Lawatan ini diketuai oleh pensyarah, Dr Khatijah binti Othman dan penolong pensyarah, Noorhizrah binti Mohammad. Sebanyak 14 orang pelajar dari tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan telah menyertai lawatan ini.
Antara objektif bagi lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi pendedahan dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan pembangunan dan penjenamaan produk, mengenalpasti jangka hayat produk, proses pensijilan, eksport strategi dan pemasaran produk diperingkat tempatan. Perbincangan dan soal jawab para pelajar dengan pihak Brunei Halal diwakili oleh Tuan Wahyoe, pengurus kanan bahagian pengilangan dan Puan Hajjah Nur Suzi, pengurus pembangunan modal insan berkenaan dengan pengembangan syarikat untuk produk halal. Dalam masa yang sama, ia juga membuka minda para pelajar untuk mereka meneroka peluang sebagai salah seorang pengeluar produk makanan Halal Brunei di masa akan datang melalui ‘home-based entrepreneur Halal product’ yang disahkan oleh Brunei Halal.