
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dengan kerjasama Persatuan Alumni UNISSA telah mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Alumni UNISSA Sempena Hafl Al-Takharruj ke 13.
Seramai 14 pasukan Alumni UNISSA telah menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung pada hari Ahad, 25 Safar 1445H bersamaan dengan 10 September 2023M bertempat di Gymnasium, UNISSA.
Turut Hadir pada kejohanan tersebut ialah Dr Supri bin Haji Sudin, Pemangku Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan hadiah kejohanan kepada peserta.
Pasangan beregu Mohd Azizi bin Haji Jamil berserta Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin telah dinobatkan selaku johan dalam pertandingan tersebut manakala Md Khairun Nazimeen bin rudy Sahardey bersama pasangan beregunya Mohd Hazwan Hanif bin Junaidi telah merangkul Naib Johan. Kejohanan ini adalah bersempena sambutan Hafl Al-Takharruj UNISSA ke 13 dan iamya diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama Alumni UNISSA disamping mencungkil bakat sukan badminton yang ada pada alumni.