![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/06/LAWATAN-KERJA-KE-IGS-4-300x176.jpg)
LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Program ‘Mini Agritalk sharing session’ ini dianjurkan oleh Fakulti Pertanian, UNISSA sempena Mahrajan kali ke-13 Universiti Islam Sharif Ali pada 24 Ogos 2023.
Program ini menjemput pengusaha-pengusaha dari Industri pertanian tempatan Negara Brunei Darussalam untuk berkongsi sama ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka bersama pelajar-pelajar dan orang ramai. Seramai daripada 50 orang peserta yang telah menghadiri sesi perkongsian ini. Antara pengusaha-pengusaha jemputan yang terlibat bersama adalah Yang berhormat Pengiran Haji Isa Bin Pengiran Haji Aliuddin, daripada Maya Breeder Farm, Yang Mulia Pg Dato Haji Abd Rahman Bin PSI Pg Haji Ismail, daripada RZ Prisma Enterprise, Yang Mulia Mohd. Faiyadh Syairazie bin Anwari, daripada Ibnu Anwari Enterprise dan juga Ahmad Fathi bin Dr Haji Norarfan, daripada Fatih Aquaculture.
Program ini berhasrat untuk meraikan hubungan kerjasama diantara Fakulti Pertanian, UNISSA dan Industri Pertanian Negara Brunei Darussalam dan mengetengahkan industri pertanian kepada pelajar-pelajar dan orang ramai bagi meningkatkan profil dan produk-produk industri pertanian tempatan dan memupuk minat Bertani dikalangan belia-belia.