
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Sinaut, 23 Ogos – Bersempena Mahrajan Hafl At-Takharruj Kali ke-13, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian (FP) telah mengadakan Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UNISSA bersama empat pengusaha pertanian Brunei Darussalam.
Penandatangan MoA tersebut adalah di antara Fakulti Pertanian UNISSA dengan Maya Breeder Farm; RZ Prisma Enterprise; Hasmit Enterprise; dan Ibnu Anwari Enterprise.
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dekan, Fakulti Pertanian, UNISSA, Profesor Madya Dr. Hajah Rose binti Abdullah yang disaksikan oleh tetamu kehormat majlis, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Manakala mewakili pengusaha pertanian terlibat ialah pengarah-pengarah syarikat berkenaan.
Jalinan kerjasama antara UNISSA dengan pengusaha-pegusaha tersebut adalah salah satu usaha dalam mewujudkan, menggalakkan dan membangunkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan program latihan berkaitan pertanian.