![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/06/LAWATAN-KERJA-KE-IGS-4-300x176.jpg)
LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
10 Julai 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 21 orang mahasiswa/i UNISSA telah tamat mengikuti Kursus Asas dan Lanjutan Kemahiran Kaunseling bagi Program Rakan U.M.A.T (Pengambilan Ke-3) yang berlangsung selama 7 hari mulai 03 hingga 10 Julai 2023.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil pentauliahan adalah Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISSA, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.
Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan penyerahan cenderahati kepada peserta kumpulan terbaik, siswa dan siswi terbaik. Peserta siswa dan siswi terbaik dipilih oleh para peserta kursus berdasarkan keaktifan partisipasi calon sepanjang kursus. Siswa Terbaik disandang oleh mahasiswa daripada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam iaitu Muhammad Nurafif bin Mohd Asmadi dan Siswi Terbaik disandang oleh Wan Nor Amila Hazira binti Hj Wan Mohd Asri, Mahasiswi Tahun 2 dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
Sepanjang kursus 7 hari ini pelbagai kemahiran telah dipelajari seperti kemahiran asas kaunseling, menolong, mengurus tekanan dan membuat keputusan. Para peserta juga turut diberi ruang dan peluang untuk mengaplikasi kemahiran asas kaunseling yang dipelajari ketika mereka menjalani aktiviti ABC (Adventure Based Counseling) iaitu In The Wood bersama Presiden Persatuan Kaunseling Brunei (PEKA), Tuan Diny bin Haji Karim.
Dalam aktiviti In The Wood, para peserta diberikan aktiviti dan terus menggunakan kemahiran asas kaunseling yang mereka pelajari seperti kemahiran mendengar, bertanya, membina hubungan, parafrasa dan komunikasi sesama mereka.
Selain itu daripada fasilitator Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Kaunselor Pelawat UNISSA dan Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor UNISSA, beberapa penceramah jemputan juga turut dijemput seperti Mejar (B) Rusli Bujang (Presiden Persatuan Kaunseling Brunei PERKAB), Puan Irnawati binti Haji Mahir (Pegawai Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan), Ustaz Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid (Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama) dan Puan Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd Salleh (Presiden Malam Minggu Pusat Belia MMPB).
Secara keseluruhan, seramai 63 orang mahasiswa/i telah ditauliahkan sebagai Rakan U.M.A.T UNISSA, diharapkan akan ramai lagi mahasiswa/i yang akan menyertai Rakan U.M.A.T UNISSA bagi sama-sama membimbing, membantu rakan siswa yang menghadapi cabaran dalam pelajaran dan kehidupan mereka serta memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental.