
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Majlis Khatam Al-Quran Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) yang diungkayahkan oleh Unit Keagamaan dan Kerohanian, Badan Pelajar FPPI (IDeMS) bersama-sama dengan mahasiswa mahasiswi FPPI telah pun berjaya dijalankan pada petang hari Sabtu, 24 Ramadan 1444H bersamaan 15 April 2023M di surau Surau Al-Syafi’i , Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dipimpin oleh Ak. Syafiq Izzuddin bin Pg Hj Aliddin, Pengerusi Unit Keagamaan dan Kerohanian FPPI dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian doa khatam dan tahlil dipimpin oleh Muhammad Hassanuddin Bin Sahirol, ahli jawatankuasa Unit Keagamaan dan Kerohanian FPPI.
Di majlis tersebut, seramai 83 peserta terdiri daripada warga dan kakitangan serta mahasiswa mahasiswi dari tahun 1 – tahun 4 hadir dan ikut serta bagi menjayakan lagi majlis tersebut.
Majlis ini merupakan acara keugamaan yang diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh keberkahan dengan mengambil kesempatan meraih ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT dengan pembacaan Al-Quran oleh para pegawai, kakitangan dan mahasiswa FPPI.