
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
‘Kempen Kebersihan Masjid‘ adalah salah satu aktiviti yang diadakan untuk membersihkan kawasan masjid dan sekitarnya dan juga bagi mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa mahasiswi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dan masyarakat. Aktiviti ini dilaksanakan sempena bulan Ramadhan yang suci bagi melipatgandakan pahala di samping itu juga dapat memberikan khidmat kepada masyarakat secara tidak langsung.
Aktiviti tersebut dimulai dengan aktiviti bergotong-royong di kawasan Masjid Kampong Tamoi dan sekitarnya. Kemudian, selesai sahaja aktiviti membersihkan masjid, diteruskan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan Kampong Tamoi. Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, aktiviti diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil arwah oleh Ak. Syafiq Izzuddin bin Pg Hj Aliddin.
Aktiviti ini memberikan impak positif kepada para mahasiswa di mana mereka menyedari bahawa sikap tolong-menolong sangat penting dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Ia juga mengasah sikap sabar dalam menghadapi ujian atau dugaan yang mana aktiviti ini mencabar mental dan fizikal para mahasiswa dengan keadaan mereka yang sedang menjalankan ibadah puasa.