
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Alhamdulillah, seramai 9 orang Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah selesai menamatkan Program Penempatan Khas Alumni UNISSA di Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) yang berjalan selama empat minggu mulai 27/12/2021-22/01/2022. Ia merupakan anjuran Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), UNISSA, dengan kerjasama penBOrNEO.
Satu sesi pembentangan telah diadakan pada hari terakhir program tersebut di mana para Alumni UNISSA telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai tugasan-tugasan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut seperti pengumpulan, pemeliharaan, pemuliharaan dan penjilidan bahan-bahan sejarah, disamping mengongsikan pengalaman dan manfaat yang diperolehi dari program tersebut. Ia diikuti dengan penyampaian sijil oleh Awang Syahmi bin Halimshah, Pegawai Kanan Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Pusat Sejarah Brunei.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Dayang Mardiah binti Haji Ramli, Pemangku Ketua Bahagian Pusat Pengkajian Borneo, Awang Muhammad Hefni bin Mahari, Ketua Unit Pemeliharaan dan Penjilidan penBORNEO, Ustazah Salwani binti Sabtu, Ketua OCeAN, UNISSA, dan Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para Alumni UNISSA yang menyertai program ini, dan semoga mendapat manfaat daripadanya serta terus maju jaya di masa hadapan!