UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis. 18 April 2024 – Majlis Sambutan Hari Raya UNISSA dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat
4HB APRIL 2024M Khamis, 24 Ramadhan 1445H, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Pejabat
Kota Makkah, 15 Mei: Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal menyertai Persidangan Agung Rabitah Universiti Islam (IUL) ke-12 di Kota Suci Makkah al-MuKarramah.
Persidangan itu membincangkan pindaan beberapa artikel perlembagaan IUL dan peraturan-peraturan perlaksanaan yang berkaitan, selain melantik ahli lembaga pelaksana IUL yang baru.
IUL ditubuhkan pada tahun 1969 dan mempunyai jumlah keahlian yang besar dari universiti-universiti Islam seluruh dunia. Persidangan penting ini bertujuan untuk mengetengahkan sumbangan dan usaha universiti dan institusi pengajian tinggi Islam di dunia Arab dan Islam dalam menyediakan ilmu dan perkhidmatan terbaik kepada ummah sejagat, selain memperkukuhkan jaringan kerjasama antara universiti-universiti Islam di peringkat antarabangsa.
Penglibatan UNISSA dalam IUL bermula pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada usaha UNISSA berganding bahu dengan universiti-universiti Islam di peringkat antarabangsa untuk menyebarkan mesej kecemerlangan akademik kepada dunia luar.