
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Majlis Malam Munajat bersama Warga Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) ini merupakan salah satu program yang diungkayahkan oleh Unit Keagamaan dan Kerohanian, Badan Pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMS) bersama-sama dengan mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1 – 4 FPPI bagi merebut peluang ganjaran di bulan Ramadan.
Alhamdulillah, program ini telah pun berjaya dijalankan pada setiap hari Khamis bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 13 April 2023, pada jam 5.00 petang hingga 5.30 petang secara maya. Majlis pembukaan Malam Munajat diadakan pada 1 Ramadhan 1444H bersamaan 23 Mac 2024 dan dihadiri oleh seluruh warga dan kakitangan serta mahasiswa/mahasiswi FPPI.
Acara Malam Munajat Ramadhan dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah al-Fatihah dan seterusnya bacaan Surah Yaasin yang diketuai oleh Ak Syafiq Izzuddin @ Ak Muhd Nur Afif bin Pg Haji Aliddin, pelajar tahun 1. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat, Selawat Tafrijiyyah dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya sesi bergambar ramai.