
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Bersempena dengan sambutan Hari Buku Sedunia yang diadakan pada tanggal 21 April setiap tahun, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga meraikan sambutan tersebut di peringkat UNISSA. Sambutan Hari Buku Sedunia kali ini merupakan anjuran bersama di antara Perpustakaan UNISSA, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Buku Sedunia tahun 2023, Peringkat UNISSA berkenaan, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan juga telah mengungkayahkan program Bincang-Bincang Buku yang telah diadakan pada 21 Mac 2023.
Bincang-Bincang Buku pada kali ini telah membincangkan buku hasil tulisan Mohd Shahril Ahmad Razimi, Norkhairiah Hashim, Norliza Mahalle, Norsurilawana Sulaiman dan Nur Thaqifah Salihah Salleh berjudul ‘Dimensi Agromakanan Halal’.