UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
KAMPUS UNISSA SINAUT MERAYAKAN HARI AIDILFITRI BERSAMA PELAJAR Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam
PRODUCT AND SERVICE INVENTION COMPETITION SEES THE POTENTIAL IN THE DEVELOPMENT OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
UNISSA Press menyertai Bazar Buku 2022 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang berlangsung sepanjang 05 hari iaitu bermula dari 1 Disember 2022 sehingga 05 Disember 2022 di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Daerah Tutong. Bazar Buku 2022 dikendalikan dengan tema “Kembara Buku Santuni Masyarakat”.
Objektif penganjuran Bazar Buku 2022 adalah bagi mempromosikan buku-buku terbitan UNISSA, mengeratkan jalinan kerjasama, hubungan perniagaan serta wadah pertemuan antara penerbit-penerbit buku, toko buku, perpustakaan dan masyarakat dan memperkenalkan bahan terbitan UNISSA kepada masyarakat.
Majlis perasmian Bazar Buku 2022 yang telah berlangsung pada 1 Disember 2022 dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan Setiausaha Tetap, Pengurusan Strategi dan Dasar di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.